Kata Pemeri
- Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
- Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
- Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
- Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.